Jangan Panit Bila Elektrik Tiba2 Tiada…….

Tip bila tak ada elektrik kat rumah

Apa perlu buat jika tiba2 rumah anda tiada bekalan elektrik…….

1. Pergi tengok kat meter TNB yang kat luar rumah tu. Ada lampu berklip2 ke tak. Kalau tak ada lampu berklip2 maksudnya ada masalah dengan bekalan TNB. Jadi Call TNB je di talian 15454 tapi sebelum tu tengok no tiang yg berhampiran dengan rumah kita ye untuk maklumat report TNB.

2. Tapi jika lampu kat meter TNB tu  ada berklip2, itu maksudnya rumah anda sahaja yang tak ada elektrik ye. Jadi apa perlu kita buat. Anda pergi tengok kat kotak fius rumah anda tu seperti dalam gambar sepatutnya macam ni.  Tapi jika yang saya tanda tu turun ke bawah, maksudnya ada peralatan elektrik rumah anda yang short.

3. Apa perlu anda buat……  anda tutup semua suiz lampu dan kipas, tutup dan cabut plug semua peralatan elektrik yang anda gunakan. 

4. Anda pergi balik kat kotak fius rumah anda tu dan cuba tolak kat atas ELCB (warna biru ) tu. Jika tak boleh bermakna ELCB tu yang Rosak dan perlu hubungi orang yang pakar.

5. Tapi jika ELCB tu boleh tolak ke atas ( ON ) ,  anda ikut langkah seterusnya…

6. Anda ON satu2 suiz kipas dan lampu rumah anda dan tengok ada trip atau tidak.  Jika tak ok, bermakna lampu atau kipas yang last sekali anda buka suis tu yang rosak. Call orang untuk repair atau tukar atau  tak perlu guna kipas atau lampu tersebut. Tutup je suiz dia.

7. Jika semua suiz lampu dan kipas anda buka elektrik tak trip, anda boleh teruskan langkah seterusnya…

8. Pasang dan ON satu2 peralatan elektrik yang anda guna tadi dan tengok elektrik trip atau tidak. Jka trip, ini bermakna peralatan yang last sekali anda pasang tu la yg rosak yang menyebabkan elektrik rumah anda trip. Jangan guna peralatan tersebut lagi. Selesai masalah……

SEMOGA  MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBACA SEMUA

Leave a Reply